Birah negeri
Birah negeri

Birah negeri

Birah negeri,[2] keladi sebaring,[3] keladi seberang, atau bahasa Inggerisnya giant Alocasia atau upright elephant ear dengan nama saintifiknya Alocasia macrorrhizos (sin. A. indica) merupakan tumbuhan yang terdapat di Asia Tenggara. Keladi sebaring merupakan sejenis pokok yang mempunyai bahan toksik iaitu hablur kalsium oksalat dalam bunga dan tangkai daunnya. Getahnya mendatangkan keradangan akibat bahan kimia.[4]